


Aidil mulanya malu-malu… lama-lama baru tergelak, senyum, melompat
Cute sangat senyuman aidil.
Ai Chang pulak cool je… anak yang berani..
Baby macam nak demam hari ni, tapi tetap ceria dan mestilah chomell..
Moga mereka semua membesar jadi anak soleh dan solehah…
Habis shoot masing-masing kehausan yang amat
Tak cukup dengan permintaan di tasik tadi, Iman sambung kat rumah pulak.. Baju kawen ummi mana? Pakailah.. kawen.. dapat baby
Dalam kotak… simpan.. tak muat dah…
Baju tu jadi kecik ye?
Tak.. ummi yang membesar (heheee)
Nanti ada baby kita nak bagi nama apa?
Aku gelak je la………………… dah sampai ke plan nama Iman ni…
Ada lagi, malam tu pulak bila pak udanya mengusik Amal yang masih nenen…
“Eii.. baby…. nenen”
“Biarlah pak uda adik nenen.. Adik jadi Baby… jadi kita ada baby”
Terima kasih Siti & keluarga.
Kami seronok semalam sebab bukan sahaja shoot gambar, tapi kali pertama jumpa dengan Siti lepas lama kenal di internet.. Sejak di susuibu kan, masa tu Aidil & Iman baby lagi…
Promosi Pengenalan: 1-2 jam outdoor (KL) + Photobook (Album eksklusif) 8″x12″ (8R) 20 mukasurat = RM200! Hanya Sabtu ini, 6 Februari 2010. Tempah hari ini!






untuk izwa







Terima kasih Amor kerana memberikan cabaran kepada saya
Ambil gambar waktu malam untuk maternity memang jarang sangat dibuat orang.
Amor dah pun selamat melahirkan, 2 hari selepas photoshoot! Bayangkan betapa saratnya Amor, tapi masih aktif berjalan kelilih KLCC hehe… untuk New year baby, belum diberi nama, 3.20kg, lahir 010110, semoga jadi anak yang soleh dan berbakti.

Bermula cerita pada suatu pagi yang hening… Saya sangat teruja, terbangun daripada tidur pada pukul 5 pagi. Teru check semua peralatan… Memulakan perjalanan pada pukul 7.30 pagi, tersesat sedikit… Selamat tiba di no 65, TTP Rawang sebelum boss bagi SMS tanya dah sampai mana…
Pengantin sangat comel.. Setelah habis berdandan, saya minta pengantin posing ala-ala malu tapi mahu gitu…
Di Masjid Rawang, 3 pasang pengantin dinikahkan sekali. Saya join pengantin mendengar khutbah nikah. Mengenai zihar, talak dan sebagainya. Pengantin tenang, tapi dalam hati pasti bergelora – berdebar.
Berdandan sekali lagi… Tiza mudah disolek kata mak (pak?) andam. Matanya besar dan kulitnya halus. Alhamdulillah itu semua kurniaan Allahkan…
Sementara menunggu pengantin bersiap, saya sempat mengambil gambar anak kecil ini. Cute kan dia? Anak kecil sangat suci. Saya suka capture gambar mereka.



















Terbaru